Nampak.
Kau tau tak, bila ada bende yg menyebabkan kau salah faham dengan dia. Kau boleh nampak samada dia betul kawan/sahabat/orang tersayang kau. Yang pasti sama ada benar dia memahami.
Kau tau tak kadang kadang aku benci bila aku suka baca wajah org. Orang tgh leka observe org lain aku leka tgk riaksi dia kat org lain. Time tu kau tau dia judge org ke tak. Walaupon kau senanya tgh judge dia.
Kau tau tak ada orang luah perasaan melalui mata dia. Macam dia bolak balik kan mata dia, dia sayukan mata dia. Adalah maksud tertentu.
Tak percaya? Kau duduk diam. Kau tengok riaksi wajah mereka. Cara mereka berjalan. Keadaan mata dia.
Apa yang pasti, tuhan yang maha Esa itu mengetahui segalanya. Apa yang terlintas dalam setiap fikiran kita. Sama ada baik mahupun buruk. Moga kita berfikir bende positive.
Yeee.
Kawan aku pesan kawan dengan semua org tak kira bangsa atau agama.
Aku bukan racist.
semua org aku tegur.
Nak kata muka tak malu. Memang.
Tahu tak kenapa aku dgn kawan aku pilih untk kawan semua org?
Sebab belom tentu org yg satu kau kawan ada dekat kau masa susah mahu senang.
Belom tentu orang yang satu kau kawan tak kan ngumpat ko. Ramai benar aku jumpa kawan bertalam.
Belom tentu orang yg satu kau kawan tu akan dengar masalah kau.
Belom tentu orang yg satu itu akan tolong/ backup kau bila kau di timpa musibah.
Belom tentu orang yang satu itu akan faham perasaan kau.
Sebab kita tak tahu apa akan terjadi seterusnya.
Kita memang merancang tapi Allah sebaik perancang.
Sifat dekat atas pernah ada dekat aku. Aku pon tengah cuba menapis semua itu. Kau fikir senang nak puas hatikan semua orang? Lebih baik kau puaskan hati yang ESA itu. Akhirat kau dapat dunia kau dpt.
Teruskan berfikiran positive setiap masa. Cuma jgn lah positive tak tentu hala. Orang dah pijak kepala pon dok positive. Perompak sah curi barang kau pon kau positive kan.
Pandai pandai lah fikir mana baik mana buruk.
Sekian. Selamat malam manusia. Dunia yg penuh kekejaman. 🌸